4 okt 2010 (isnin) , ceramah tentang "LOMPATAN APEX KE 2012" telah diadakan di Pusat Pengajian HBP , E48B pada pukul 9 pagi . Ceramah ini diketuai oleh EN.WANB dan pengerusi ceramah ialah LIYANA . Ceramah ini tidak hanya dihadiri oleh penyarah dan pelajar HBP sahaja , malah ia juga disertai oleh penyarah-penyarah dari pusat pengajian lain .
antara perkara yang disebutkan oleh EN.WANB ialah :
-Logo Ulang Tahun Ke-40 yang bertemakan waktunya rebung USM menjadi BULUH
-Menyenaraikan mereka yang terlibat secara langsung dalam BIG .
- Prinsip BIG atau paradigma kelestarian yang pakai oleh BIG ialah 3P (People,Principle,Place) iaitu Manusia->sosiol ; Prinsip->ekonomi ; Tempat-persekitaran
-Tempat BIG yang melibatkan satu kampus USM . Misalnya Taman Rekreasi Universiti , Taman Botani Buluh USM ...
-Tentang tahun 2012 yang diramalkan sebagai tahun yang akan berlakunya bencana besar ... dalam bahagian ini ,video 'The Awakening Trilogy' turut ditayangkan ..
-Program BIG dan skop kerja BIG dijelaskan dalam konsep 'buah sebagai analogi' .
-Acara-acara LOMPATAN APEX KE 2012 dari Oktober 2010 hingga ke Disember 2013
-21 Disember 2012 yang membawa kepada idea binaan satu 'kampung bolehapung'
-BIG FAQ yang membacakan beberapa soalan yang sering ditanyakan ..Misalnya Bagaimana nak melompat ? Mengapa perlu bersiap ? ....
-sesi soal jawab beberapa soalan daripada para hadiri ... antara soalan yang ditanya ialah 1.Adakah buluh yang terdapat di Malaysia mencukupi ?(buluh boleh tumbuh sepanjang 1m sehari dan tumbuh dalam bentuk kumpulan , oleh itu kita tidak perlu risau penawaran buluh . )2.Apa sumbangan buluh untuk USM dan 2012 ? (Kini kita dalam proses membina sebuah dome yang ketinggiannya 8m, untuk digunakan pada 2012 . Buluh mempunyai kegunaan yang luas, di samping industri buluh berpotensi tinggi. Oleh kerana itu, buluh dapat memberikan sumbangan dalam membantu tahun 2012. kita harus melakukan apa yang patut kita lakukan.)3.Bagaimana jika tahun 2012 tidak berlaku banjir besar , tetapi berlaku gempa bumi atau lain-lain ? (Banjir hanya diramalkan sahaja ...buluh tidak hanya boleh digunakan untuk Polarshift malah boleh digunakan dalam keadaan lain tetapi kita memerlukan kerjasama bantuan orang ramai ...apa yang penting ialah kita dapat mempelajari dan mendapat pengalaman dalam proses penghasilan tersebut )4.Buluh boleh menjadi sumber tenaga ? (Sebernarnya banyak benda yang boleh menjana tenaga , tiada perkara yang tidak boleh ... jadi , kita harus mempelajari bagaimana ia boleh digunakan )5.Bagaimana dengan jangka hayat buluh yang telah mengalami proses pengawetan dan buluh yang tanpa proses pengawetan ? (hal ini kita perlu membuat penyelidikan kerana ada sesetengah buluh yang boleh digunakan dalam ratusan dan ribuan tahun , contohnya Jambatan di China, Istana Buluh di Kuala Kangsar ... )6.Bagaimana buluh digunakan dalam bidang perubatan ? (buluh boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit 'Gila Babi' )
>>BIG MENEKANKAN TAHUN 2012 BIMI KITA AKAN BELAKU BENCANA BESAR . KALAU BEGITU KENAPA BIG TIDAK FIKIR MEMBINA KAMPUNG BOLEHAPUNG DI PLANET YANG LEBIH SELAMAT ??
没有评论:
发表评论