2010年9月20日星期一

part 1 : LOOKING BACK

20 SEPT 2010 (isnin)
Hari ini adalah kelas pertama selepas cuti pertengahan semester ... Namun begitu , kita diberi 3 tugasan juga ... tugasan ini dibahagikan kepada 3 bahagian dan bahagian pertama ialah melihat balik ke belakang .

3 julai 2010 adalah hari bermulanya kehidupan universiti saya . Saya masih ingat lagi saat-saat perpisahan antara saya dengan keluarga saya pada hari tersebut . Maklumlah kali ini adalah kali pertama saya meninggalkan linkungan ahli keluarga saya dalam masa yang agak panjang ini . Kehidupan tanpa ahli keluarga menyebabkan saya sering berada dalam kesedihan dan ketekanan . Selain itu , saya terpaksa belajar berdikari di tempat dan persekitaran yang baru ini dengan diri sendiri . Pada mulanya , saya juga berasa tertekan dan berasa sukar untuk memahami cara pembelajaran yang berlainan daripada sistem pembelajaran sekolah . Di samping itu , kemahiran berkomunikasi dan cara bergaul turut perlu saya belajar agar saya tidak berasa perseorangan di sini . Setelah lebih 2 minggu berlalu , saya barulah boleh menyesuaikan diri saya dalam kehidupan universiti .

Sehinggalah hari ini (20 SEPT 2010) , saya rasa saya bukanlah lagi anak manja emak dahulu itu . Sekarang saya boleh menjaga diri dan menjalani hidup dengan diri sendiri . Kini saya sudah biasa dengan hari universiti yang penuh dengan 'assignment' dan cara pembelajaran universiti . Dalam kelas studio , tugasan-tugasan yang diberi telah melatih dan mengajar saya dalam banyak perkara ... Misalnya , membuka blog dan menulis blog , memotong pokok buluh ; melukis dalam 5 minit , 5 saat ; berlakon dalam ''theatrette'' ; membuat dome kecil dan dome besar yang boleh terapung ; membuat alatan muzik dengan menggunakan pokok buluh dan sebagainya ...


ini adalah gambar antara lukisan dan tugasan yang telah dibuat oleh saya .......



Dalam menulis blog ini , saya baru mengetahui bahawa saya telah mengalami banyak perubahan sifat dan sikap dari semasa ke semasa . Ini berbukti tiada perkara yang tidak boleh ...
I CAN DO IT !!!








































没有评论:

发表评论