2010年9月28日星期二

BIG DOME - part 3

28 SEPT (SELASA) , sambung kerja 'buluh' dari awal pagi lagi ...

saya menyambung membuat 'takung' ...

memasukkan penyambung ke dalam takung buluh ...

inilah struktur buluh saya bersama kawan saya yang telah siap ...

2010年9月27日星期一

BIG DOME - part 2

27 SEPT 2010 (ISNIN) , WANB memberi penerangan tentang kerja-kerja yang perlu dibuat sebelum membinakannya . Antara kerja yang perlu dibuat ialah :-

i. membuangkan buluh sebanyak 36mm
ii.membuat takung sepanjang 100mm di kedua-dua belah buluh
iii.mengambil penyambung plastik dan mengukur , memotong , menebuk lubang , mempanaskan serta mengepitkannya supaya menjadi datar .


inilah contoh buluh yang telah siap dipasang dengan penyambung ... hasil kerja kita juga perlu dibuat seperti yang ditunjuk itu ...

WANB sedang memberi penerangan tentang tugasan kita ...

salah satu XMEN sedang menjelaskan panjang penyambung yang perlu dibuangkan ...

-5.5 inci daripada penyambung perlu dibuangkan sebahagian , 0.5 inci perlu membuat lengkuk dan tinggalkan 5.0 inci tersebut dalam bentuk segi panjang
-selepas itu , bentuk segi panjang tersebut perlu ditebuk lubang pada jarak 36 mm dari atas segi panjang itu

selepas mendengar arahan XMEN , saya mula mengukur dan menandakan panjang yang perlu dibuangkan ...
penyambung saya yang telah siap ditandakan kepanjangan yang perlu dibuangkan ...
memotong mengikut tanda yang telah dibuat ...
pembantu bengkel menolong kita memotong bahagian lengkukkan yang sukar dipotong dengan gergaji .
selepas siap memotong , saya mempanaskan penyambung ...


MACK menolong kita mengepit penyambung yang telah dipanaskan ...


setelah siap bahagian penyambung , saya membuat 'takung' pada kedua-dua belah buluh dengan menggunakan parang ...


2010年9月24日星期五

''Tegakkan agama , jangan berpecah-belah ''



24 SEPT 2010 (JUMAAT) , EN.WANB menceritakan tentang ''BEFORE CHRIST'' dalam studio RUS 101 . Dalam kuliah tersebut , saya paling ingat pada 1 ayat yang berkata '' Tegakkan agama kita , jangan berpecah-belah'' . Apa yang saya faham tentang ayat ini ialah kita perlu bersatu-padu walau dalam apa jua seperti yang diminta oleh agama kita dan jangan memisahkan diri daripada agama .



2010年9月23日星期四

BIG DOME -part 1



Pada 24 SEPT 2010 (JUMAAT) dalam studio RUS 101 , kita diberikan tugasan baru iaitu bertajuk ''IBU CONSTRUCTION'' . Dalam tugasan ini , semua pelajar HBP tahun pertama akan berkerjasama untuk membina satu ''dome'' yang sangat sangat besar .

Sebelum memulakan kerja , semua pelajar diminta memilih 'Section , Structure , Nos ' yang diminati lalu mendaftarkan nama masing-masing . Dalam bahagian tersebut , saya telah pilih 'Section 2 , Structure D dan , 1 Nos' . Panjang struktur buluh saya ialah 2.570 meter .


Selepas tamat studio , saya pergi ke bengkel bersama kawan untuk meminjam peralatan yang diperlukan . Antara peralatan yang kami telah pinjam ialah gergaji dan tape ukur . Kemudian , kami pun mula berjalan kaki ke Rumpun Buluh .




Dalam perjalanan ....







telah sampai ke destinasi ...






mula memilih buluh dan menggangkatnya ke tempat lapang ...





selepas itu , saya mula mengukur dan membuat tanda pada kepanjangan 2.570 m .




selepas membuat tanda pada buluh , saya mula mengergajikan buluh itu .


inilah buluh yang siap dipotong oleh saya .




gambar saya bersama kawan-kawan ...





2010年9月20日星期一

part 3 : MONUMENT .. The thing that i can leave in the future ...

Apa yang boleh ditinggalkan oleh saya pada masa akan datang jika saya telah meninggalkan dunia ini ?? Monumen yang direka oleh saya adalah barang yang paling sesuai untuk ditinggalkan di dunia ini pada masa akan datang dan untuk selama-lamanya ...
Gambar dibawah menunjukkan gambar monumen yang direka oleh saya ...
Idea asas monument ini adalah berasaskan nama saya ''YEE LIN'' atau 1 & 0 yang sama sebutan dengan nama saya jika 1 & 0 disebut dalam Bahasa Cina . Rumusannya 1& 0 adalah simbol saya . Pada waktu yang sama ,rekabentuk ini juga dapat membawa maksud bahawa monumen ini adalah direka oleh saya ''YEE LIN'' .

Bahagian atas monument , saya akan menghiaskan dengan dahan dan batang pokok buluh . Selain itu , dahan dan batang pokok buluh ini ada kegunaan utamanya iaitu sebagai '' WISHING TREE atau PRAYER TREE'' . Orang ramai boleh menuliskan harapan atau doanya atas kertas dan gantungkan atas dahan pokok buluh . Doa supaya dunia ini akan kekal selama-lamanya ... Harapan supaya tidak berlaku apa-apa pada tahun 2012 ... Tindakan diharapkan TUHAN dapat mengetahui serta menghilangkan semua bencana alam terutama 2012 .
niat : merekabentuk satu monumen
laku : merekabentuk satu monument dan 'uploadkan ke blog'
hasil : monumen aktor : diri sendiri
aturan : merekabentuk satu monumen dengan menggunakan 'buluh'
tempat : pada masa akan datang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 21 Sept 2010 , kita diberikan tugasan untuk mereka satu munumen dalam kelas RUS 101 . Sebelum memulakan kerja merekabentuk , WanB meminta kita melawat ''Kubur Yahudi' di Jalan Zainal Abidin terlebih dahulu ... Pada hari yang sama , saya pergi ke ''Kubur Yahudi'' bersama kawan-kawan pada pukul 3pm .

Pintu masuk ''Kubur Yahudi''.

Gambar-gambar yang ditangkap dalam kubur tersebut


Gambar saya bersama kawan-kawan sebelum meninggalkan kubur tersebut ...